Posts

Showing posts from August, 2023

Tentang Tenang (CERPEN 2)

Image
Lara mengambil tempat duduk bersebelahan An yang sedang merenung tasik luas di hadapan mereka itu. An terus memandang ke arahnya dan membiarkan saja tindakan Lara yang tiba-tiba muncul itu.  "Jauh termenung." Lara bersuara setelah duduk dengan selesa bersebelahan dengan An. Dia turut membuang pandangannya ke arah tasik yang agak gelap memandangkan hari pun sudah malam. Sesekali matanya terpacak pada air pancur yang terdapat di tengah-tengah tasik itu. Bunyi air pancur itulah yang memecahkan kesunyian sekeliling tasik itu.  Ada beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi lain yang turut berada di kawasan tasik itu untuk bersenam. Jam baru sahaja menunjukkan jam 10 malam. Ramai yang akan mengambil angin di kawasan ini lagi-lagi esok hujung minggu.  Dan seperti biasa, Lara tahu bahawa sahabatnya itu pasti mengambil angin di kawasan tasik ini pada waktu begini. Cuma kebelakangan ni An begitu kerap duduk di sini ketika waktu malam. Oleh sebab itu, ketika melihat An tidak ada di asr...

Tentang Doa (CERPEN 1)

Image
"Baik, setakat itu saja kelas kita hari ini. Semua boleh kemas barang masing-masing. Sebelum itu, ada apa-apa soalan?" Tanya An. Matanya memandang pelajar-pelajarnya yang berada dalam kelas tersebut.  Semua pelajarnya memandang An. Suasana kelas menjadi sunyi.  Kebiasaannya, mereka semua memang tiada soalan. Dan kebiasaannya, An  yang banyak sangat soalannya dah dekat hujung-hujung masa kelas. Mereka sedikit cuak melihat wajah An yang tidak bereaksi itu. Hanya matanya yang tepat merenung wajah mereka satu persatu.  "Tak ada, ustazah." Jawab mereka hampir serentak. An mengangguk perlahan sambil memasukkan markernya dalam beg penselnya.  "Baik, kalau macam tu, kita jumpa esok. Banyakkan mengulangkaji di rumah. Al-Quran kena kerap baca, supaya lebih lancar. Ustazah dengar bacaan kamu masih banyak lagi kesalahan. Semua kekurangan yang ada dalam bacaan kita hanya boleh diperbaiki dengan banyakkan membaca dan fokus belajar dalam kelas." Pesan An dengan nada tega...