Tentang Tenang (CERPEN 2)
Lara mengambil tempat duduk bersebelahan An yang sedang merenung tasik luas di hadapan mereka itu. An terus memandang ke arahnya dan membiarkan saja tindakan Lara yang tiba-tiba muncul itu. "Jauh termenung." Lara bersuara setelah duduk dengan selesa bersebelahan dengan An. Dia turut membuang pandangannya ke arah tasik yang agak gelap memandangkan hari pun sudah malam. Sesekali matanya terpacak pada air pancur yang terdapat di tengah-tengah tasik itu. Bunyi air pancur itulah yang memecahkan kesunyian sekeliling tasik itu. Ada beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi lain yang turut berada di kawasan tasik itu untuk bersenam. Jam baru sahaja menunjukkan jam 10 malam. Ramai yang akan mengambil angin di kawasan ini lagi-lagi esok hujung minggu. Dan seperti biasa, Lara tahu bahawa sahabatnya itu pasti mengambil angin di kawasan tasik ini pada waktu begini. Cuma kebelakangan ni An begitu kerap duduk di sini ketika waktu malam. Oleh sebab itu, ketika melihat An tidak ada di asr...